Wednesday, August 26, 2009

Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 akan dipinda atasi kelemahan

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mencadangkan kepada pejabat Peguam Negara supaya menumpukan kepada usaha bagi meningkatkan kemahiran Polis Diraja Malaysia dalam beberapa perkara berhubung Pemerdagangan Orang.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Dr. Raj Abdul Karim berkata, dua kelemahan Polis yang dikenal pasti suruhanjaya itu berhubung Pemerdagangan Orang ialah berhubung soal mengenal pasti mangsa dan proses penghantaran pulang mangsa yang dilihat masih mempunyai kelemahan.

Dr. Raj berkata, perkara itu perlu diperbaiki segera bagi membanteras kes pemerdagangan orang di negara ini serta memastikan mangsa tidak dilayan seperti pesalah.

“Kita perlu melihat kembali Undang-undang Anti Penyeludupan di Malaysia kerana terdapat sedikit kekurangan dan ada sesetengah perkara yang boleh diperkukuhkan, katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...