Monday, August 31, 2009

41 PATI ditahan tidak berpeluang beraya di kampung

JOHOR BAHRU 31 Ogos — Seramai 41 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya di kampung mereka apabila ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dalam sebuah bot pancung kira-kira 1.3 batu nautika dari Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi Jumaat lalu.

Turut ditahan ialah seorang tekong dan dua pembantu bot yang juga warga negara tersebut.

Bot tersebut dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh empat anggota PGM yang membuat rondaan Ops Octupus dengan sebuah bot laju di perairan terbabit.

Komander PGM Wilayah Dua, ACP Mohd. Khamsani Abd. Rahman dalam kenyataannya berkata, bot pancung berkenaan cuba melarikan diri sehingga memaksa anggotanya mengejar sebelum berjaya dipintas 20 minit kemudian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua 28 lelaki dan 13 wanita serta seorang tekong dan dua pembantunya yang berusia antara 21 hingga 46 tahun itu adalah rakyat Indonesia dan mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...