Saturday, August 8, 2009

2 penjenayah warga asing ditangkap

PETALING JAYA 7 Ogos - Polis menumpaskan sindiket pecah rumah dan samun membabitkan penjenayah warga asing setelah menangkap dua ahli kumpulan itu, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada Selasa lalu.

Bagaimanapun, katanya, kewarganegaraan suspek tidak dapat ditentukan kerana mereka bersama beberapa pasport.

"Polis turut merampas sebuah kereta Toyota Vios dipercayai disewa oleh suspek untuk kegiatan jenayah mereka serta dua buah telefon bimbit,

"Kami juga sudah mengenal pasti dua lagi ahli kumpulan itu yang masih bebas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pondok polis di kawasan SS2 di sini hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek yang tidak mempunyai pekerjaan itu tidak memiliki rekod jenayah. - Utusan Malaysia.

1 comment:

  1. tu la sebabnya...patree kena jalan, bagi pelajaran ckit kat warga asing ni...pe yg susah sgt nyeeee...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...