Tuesday, August 4, 2009

1MALAYSIA Bebas-PATI : Imigresen tahan 141 warga asing

TELUK INTAN 3 Ogos - Jabatan Imigresen Perak menahan 141 orang warga asing dalam 'Operasi Pelantar' yang dijalankan di kawasan Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang dekat sini, malam tadi.

Ketua Penguat Kuasanya, Irwan Zahid berkata, turut ditahan di dalam operasi bersepadu itu ialah dua warga tempatan yang bertindak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata, selepas melakukan pemeriksaan lanjut, 74 daripada mereka yang ditahan dibebaskan setelah didapati mempunyai pas kerja dan dokumen perjalanan sah.

''Bagaimanapun, 67 daripada mereka terpaksa ditahan untuk tindakan lanjut dan mereka terdiri daripada 10 lelaki dan 12 wanita warga Indonesia, lapan lelaki Myanmar dan 37 lelaki Thailand," katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut malam tadi.

Operasi tersebut yang bermula pukul 5.30 petang melibatkan seramai 120 anggota termasuk dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Irwan berkata, PATI yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana memasuki dan berada di negara ini tanpa pas atau permit yang sah.

Katanya, pada masa sama, sebahagian daripada mereka akan didakwa mengikut Seksyen 56(1)(1) Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas.

Jelas beliau, dua lelaki warga tempatan yang melindungi PATI itu pula akan didakwa mengikut Seksyen 56(1)(d) akta yang sama.

''Jika didapati bersalah mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 56(b)(b) yang menetapkan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM50,000 bagi setiap PATI yang dilindungi.

''Kedua-duanya juga boleh dipenjara tidak kurang 6 bulan dan dikenakan enam kali sebatan jika melindungi lebih lima orang PATI," katanya. - Utusan Malaysia.


BERITA LAIN :

- ENGLISH : Maid ban still pending
- Union wants monthly wages for estate workers

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...