Wednesday, July 15, 2009

Siapa yang eksploitasikan Syarikat Out-Sourcing?

1. Syarikat Out-Sourcing (penyumberan luar) pekerja asing mula dilesenkan pada tahun 2005. Sejak dari tarikh itu, 227 syarikat telah diberikan lesen untuk menjalankan perniagaan bagi membekalkan pekerja asing kepada syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja asing.

2. Rasional asal, syarikat out-sourcing sepatutnya membantu membekalkan pekerja asing kepada syarikat yang memerlukan pekerja asing kurang dari 50 orang.

3. Selain dari itu, syarikat yang tidak layak (tidak memenuhi kehendak Kementerian) boleh mendapatkan pekerja asing melalui syarikat out-sourcing. Syarikat yang dimaksudkan adalah seperti kedai makan (restoran kecil), syarikat kecil yang memerlukan pencuci pejabat, kilang
kecil dan beberapa syarikat yang tidak mempunyai dokumen lengkap seperti akaun beraudit atau akaun yang lengkap.

4. Melalui syarikat out-sourcing, majikan yang memerlukan pekerja perlu membuat perjanjian jangka panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun). Selain dari itu beberapa perkara lain akan turut ditekankan seperti jumlah gaji bulanan serta kemudahan tempat tinggal.

5. Syarat penggajian pekerja melalui syarikat out-sourcing, setiap pekerja yang dibawa masuk akan dibayar minima RM400.00 sebulan walaupun pekerja itu tidak bekerja berikutan kegagalan syarikat menyediakan kontrak kerja selama 2 atau 3 tahun di Malaysia (mengikut kontrak asal dengan pekerja).

6. Untuk memastikan semua (majikan & pekerja) mengikut kontrak yang ditetapkan, setiap syarikat out-sourcing perlu menghantar laporan aktiviti (akaun gaji & tempat pekerja bekerja) setiap bulan ke Bahagian yang berkaitan.

7. Pada peringkat permulaan, semua syarikat out-sourcing dikawalselia oleh Sekretariat Out-Sourcing namun selepas 2006, tugas ini telah diserahkan kepada Bahagian Pengurusan Pekerja Asing (Bahagian 'N'), Kementerian Dalam Negeri.

8. Kegagalan Bahagian 'N' yang sepatutnya memantau syarikat out-sourcing melaksanakan tugas telah menyebabkan berlakunya eksploitasi kepada pekerja (aktiviti menjual pekerja-lihat keratan akhbar) yang bernaung dibawah syarikat out-sourcing.

9. Bahagian 'N' hanya bertanggungjawab untuk memproses permohonan menambah kuorta pekerja dan pertukaran sektor. Selain dari itu, Bahagian N juga terlalu sibuk menguruskan kelulusan visa pekerja asing Bangladesh sebanyak 70,000 orang pada masa itu.

10. Tugas audit dan kawalselia yang lain tidak dilaksanakan langsung mengakibatkan banyak syarikat out-sourcing telah terlibat menyumbang kepada pertambahan PATI di negara ini.

11. Jika ada suara yang meminta Kerajaan untuk mengkaji semula keberkesanan syarikat out-sourcing ianya adalah kurang tepat kerana dasar asalnya cukup baik demi memastikan tidak berlaku penipuan pembayaran gaji melalui syarikat out-sourcing haram (sebelum ini berleluasa di kilang-kilang sekitar Shah Alam). Adalah lebih tepat untuk melakukan Transformasi penuh kepada Bahagian yang menguruskan syarikat out-sourcing kerana telah diperlihatkan kegagalan melaksanakan dasar oleh Pegawai berkaitan.

1 comment:

  1. kaji semula out soursing....bhgian 'n' ni pun bukan btol sgt..1,2 pegawai makan rasuh gak....dapat duit yg haram jadi halal....yg btol2 nk pakai pkerja tak bg pulak...bengong

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...