Tuesday, July 28, 2009

Seludup keluar: 20 warga asing ditahan

SHAH ALAM 27 Julai - Polis Marin Pelabuhan Klang menggagalkan cubaan 20 warga asing untuk menyeludup keluar warga asing dari negara ini ke Indonesia setelah menahan sebuah bot kayu di Pulau Pintu Gedung, Pelabuhan Klang, semalam.

Mereka yang berusia antara tiga dan 34 tahun itu ditemui menyorok di bawah satu kanvas di pulau tersebut pada pukul 7.15 petang, hasil maklumat awam.

Mereka terdiri daripada lapan warga Iraq, Afghanistan (tujuh), Pakistan (empat) dan seorang Indonesia.

Hasil soal siasat mendapati warga asing tersebut kecuali rakyat Indonesia berhasrat ke negara jiran itu sebelum ke Australia dengan bayaran sebanyak RM4,500 seorang.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Marzuki Ismail berkata, warga asing berkenaan sebelum itu dipercayai menyorok di sebuah bangsal di hutan paya bakau selama tiga hari.

"Ketika ditahan, mereka dalam keadaan comot kerana pakaian dan kasut diselaputi lumpur akibat meredah paya bakau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati lima warga Afghanistan itu tidak mempunyai pasport perjalanan yang sah kerana dirampas tekong bot sementara warga Indonesia itu pula tidak memiliki sebarang dokumen. - Sumber Utusan Malaysia


Berita Lain :


- Ditipu Pak Arab ketika buat pengeluaran ATM
- Anggota Rela Kelantan ditambah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...