Saturday, July 11, 2009

Selepas 113 hari merayu & menunggu, PATREE Malaysia ditolak juga

1. Akhirnya terjawab teka-teki kepada permohonan rayuan PATREE Malaysia untuk mendaftarkan pertubuhan ini secara sah. Setelah 133 hari menunggu PATREE Malaysia terpaksa akur dengan keputusan Bahagian berkenaan untuk menolak (tanpa menmberi alasan penolakan).

2. Memikirkan apakah alasan penolakan, Jawatankuasa PATREE Malaysia masih yakin kepada Kepimpinan YB Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan permohonan ini.

3. Alasan penolakan awal berdasarkan Seksyen 7(2)(b) Akta Pertubuhan dan penolakan kedua tidak dinyatakan sebabnya.

4. Sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan yang meletakkan objektif menjaga maruah negara dari terus dibusukkan oleh Pengkhianat sindiket pekerja asing sebagai keutamaan, PATREE Malaysia memandang serius penolakan ini dan berkemungkinan akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan sekiranya berlaku salahguna kuasa kepada penolakan ini.

5. Maksud kepada salahguna kuasa di atas adalah kemungkinan berlakunya 'arahan' atau 'directive' dari individu tertentu untuk 'menjadikan PATREE Malaysia DITOLAK'.

6. Jawatankuasa PATREE Malaysia masih yakin kepada ketelusan SPRM untuk menjalankan amanah 1MALAYSIA bagi memastikan usaha 'membebaskan 1MALAYSIA dari PATI' tidak 'disabotaj' oleh mereka yang tidak dapat menerima idea atau kelebihan orang lain (dogmatic).

3 comments:

  1. so sad...!!! Is it the 1 or 4% vote that so powerful?

    ReplyDelete
  2. Teruskan hasrat. Ini pasti kerja orang yang bersekongkol dan punya kepentingan menambah bilangan PATI di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. tolak...pelik tapi benar!!!!! jumpa menteri je, ni keje org bawah yg tak puas hati la ni....atau dia pun terlibat dalam pati dapat monthly income kotttt.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...