Wednesday, July 29, 2009

Pekerja Asing & PATI : Komitmen YB Menteri Dalam Negeri

Usaha dan komitmen KDN tidak terhenti satakat isu-isu ini sahaja. Kita juga akan melihat pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan isu berkaitan pekerja asing dan Pendatang tanpa Izin (PATI) yang juga akan diangkat sebagai keutamaan diperingkat KDN. Dalam hal ini, saya ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang tanpa Izin (JKKPA/PATI) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membincangkan status perkembangan semasa serta dasar-dasar berhubung Pekerja Asing dan PATI.

Mesyuarat JKKPA/PATI ini adalah gabungan daripada dua Jawatankuasa Kabinet berasingan yang diurusetiakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Jabatan Kabinet Pekerja Asing dan Jawatankuasa Kabinet Pendatang Tanpa Izin. Penggabungan kedua-dua jawatankuasa ini dilakukan kerana skop perbincangan dan isu yang saling berkaitan dapat difokuskan di dalam satu Jawatankuasa Kabinet sahaja. - Sumber iKDN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...