Tuesday, July 14, 2009

PATREE ditolak oleh 1 orang yang 'berkuasa'

1. Walaupun majoriti mahukan PATREE Malaysia didaftarkan secara sah namun 'kuasa' 1 orang ini (merujuk kepada 1 undi yang menolak PATREE) memang cukup 'berkuasa'.

2. 1 orang inilah yang menjadi punca kepada penolakan PATREE Malaysia. Tidak diketahui kepentingan siapa yang ditunjanginya sehingga menolak perkara yang boleh membawa kebaikan kepada 1MALAYSIA.

3. YAB Perdana Menteri telah beberapa kali meminta agar Penjawat Awam jangan bertindak mengenepikan cadangan untuk Transformasi kerana ianya akan memberi kesan langsung yang tidak baik kepada kepentingan 1MALAYSIA.

4. Gayanya 1 orang ini tidak mendengar nasihat YAB Perdana Menteri serta seperti kata YAB Perdana Menteri terlalu 'dogmatic'. YB Menteri Dalam Negeri mesti siasat.

5. PATREE Malaysia tidak punya masalah kerana bukannya lama untuk menunggu seseorang itu hilang kuasa atau setidak-tidaknya sampai masa bersara (maklumlah Pegawai Tinggi dan lama serta akan pencen tidak lama lagi).

6. Orang ini juga mungkin kecewa kerana tidak dinaikkan pangkat menjawat Jwatan Tertinggi sebaliknya Pegawai bawahannya yang dinaikkan melangkaui Jawatan beliau.

7. Selain dari itu, Pegawai ini pernah membuat kenyataan berbentuk peribadi kerana saya telah dengan lantang mengkritik Bahagian Pekerja Asing (Bahagian 'N'). Kritikan saya adalah untuk kepentingan 1MALAYSIA dan saya tidak dapat berkompromi dengan penyalahgunaan kuasa Penjawat Awam yang sewenangnya meluluskan permohonan yang tidak layak diluluskan.

8. Penolakan PATREE Malaysia juga ada unsur penyalahgunaan kuasa kerana 'kuasa' 1 orang ini cukup besar. 1 orang inilah yang membawa permohonan rayuan PATREE Malaysia kepada YB Menteri.

9. YB Menteri bertindak mengikut nasihat 1 orang ini dan sudah semestinya walaupun bukan majoriti 1 orang ini 'tinggi & besar kuasanya' serta dapat mempengaruhi YB Menteri untuk mebuat keputusan.

10. PATREE Malaysia bersedia untuk disiasat bagi membuktikan salahguna kuasa ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...