Friday, July 3, 2009

Repost : Kenapa tahanan merusuh?

1. Sering kita terbaca adanya rusuhan berlaku di pusat tahanan Imigresen dan hari ini juga ada berita mengenainya berikutan kejadian rusuhan di Kem Semenyih.

2. Apakah yang sebenarnya terjadi sehingga berlaku rusuhan ini?

3. Ada maklumat yang boleh dipercayai, bahawa sesetengah tahanan ini terlalu tegang (tension) kerana terlalu lama ditahan tanpa tindakan oleh pihak berkaitan terutama Keduataan massing-masing.

4. Dalam perkara ini, Imigresen Malaysia tidak boleh dipersalahkan kerana Jabatan Imigresen bergantung kepada kerjasama Kedutaan Negara Asal tahanan untuk membolehkan tahanan ini dihantar pulang.

5. Pihak Kedutaan pula mengambil masa sendiri (their own sweet time) untuk menyelesaikan masalah rakyat mereka ini.

6. Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos pengurusan tahanan ini selagi mana mereka tidak dituntut oleh Kedutaan masing-masing.

7. Ada juga kes yang bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan kerana kerakyatan mereka ini diragui. Contohnya warga Afrika, fizikal dan rupanya semua sama tetapi rakyat negara manakah dia ini...Nigeria atau Sudan atau Ghana atau mungkin dari negara lain. Mereka ini akan tetap menghuni kem ini bertahun-tahun lamanya selagi dokumentasi bukti tidak disertakan.

8. Masalah lain yang melibatkan perbezaan kerakyatan yang membawa kepada pergaduhan dan keganasan juga dikenalpasti sebagai puncanya.

9. Berjuta ringgit perbelanjaan dikeluarkan dan ianya sesuatu yang dapat diselamatkan jika Kerajaan Malaysia membenarkan PATREE Malaysia sama-sama bekerja membantu menyelesaikan masalah yang dulunya tidak sempat dilakukan oleh Jabatan yang berkaitan.

10. Sebagai NGO Bebas-PATI, PATREE Malaysia bertanggungjawab untuk membantu Kerajaan dan Rakyat Malaysia menyelamatkan perbelanjaan yang tidak seharusnya ditanggung oleh Malaysia.

11. Tidaklah PATREE Malaysia sebagai penyelesai masalah tetapi berperanan untuk membantu mempercepatkan penyelesaian kepada masalah yang timbul. PATREE Malaysia boleh membantu meringankan tanggungjawab yang selama ini dipikul sepenuhnya oleh Jabatan berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...