Tuesday, July 21, 2009

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi : TRANSFORMASI WAJIB

Transfromasi adalah WAJIB. Inilah yang boleh dikatakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Ianya perlu dilakukan seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Ini berikutan terlalu banyak kes penyeludupan manusia dan penyalahgunaan kuasa yang membabitkan kakitangan serta Pegawai Tinggi Jabatan berkenaan.

Kes-kes begini jelas menjatuhkan imej Negara apatah lagi Imigresen adalah Jabatan yang diamanahkan menjaga pintu masuk dan keluar negara.

Berikut adalah kes yang melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia dalam masa 1 tahun :
- Ketua Pengarah Imigresen didakwa hari ini?
- Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen Didakwa Terima Rasuah
- Pegawai imigresen ditahan disyaki terima rasuah
- Immigration men under probe for human trafficking
- 9 kakitangan Imigresen ditahan

Sewajarnya Kementerian Dalam Negeri memikirkan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini. Ini hanya sebahagian berita dari akhbar yang sempat diambil namun hakikatnya lebih banyak kegiatan yang tidak wajar berlaku di Jabatan berkenaan.

YB Menteri Dalam Negeri sebelum ini, Datuk Seri Syed Hamid Albar (sekarang Tan Sri) pernah menafikan meluluskan kemasukan visa 70,000 pekerja Bangladesh. Jika bukan beliau, angkara siapakah ini? Ini pasti kerja Bahagian Pengurusan Pekerja Asing kerana Bahagian ini yang bertanggungjawab menemuduga dan meluluskan visa kemasukan Pekerja Bangladesh.

Datuk Seri Najib pernah berkata, untuk menjadi yang terbaik, kita tidak boleh bersikap 'dogmatic' dan mestilah sentiasa mendengar pandangan serta idea untuk penambahbaikan 1MALAYSIA. 1MALAYSIA Bebas-PATI khuatir kerana perkara sebegini boleh mencemarkan Dasar-dasar yang dibawa oleh Datuk Seri Najib dan YB Menteri Dalam Negeri sendiri.

Untuk makluman, Jabatan Imigresen Malaysia adalah dibawah Pengawasan & Seliaan seorang Pegawai Kanan berpangkat Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Imigresen & Pendaftaran).

1 comment:

  1. these are the real culprit. more to come. just wait. Power abuse, bribery and a lot more....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...