Sunday, July 26, 2009

Era Kerajaan tahu semua telah berlalu...PM

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak konsisten di dalam menambahbaikan pengurusan pentadbiran Negara. Idea dan pandangan beliau sewajarnya diberi perhatian dan dijadikan 'guideline' setiap kali kita membuat sesuatu keputusan.

Maksudnya, Perdana Menteri sentiasa bersedia untuk menerima idea untuk bekerjasama bagi menambaikan pengurusan Negara baik dari dasar apa pun selagi ianya membawa pembaharuan dan penambahbaikan, pasti diterima.

Namun 'guideline' ini tidak diterima pakai di Kementerian Dalam Negeri atau lebih tepat lagi di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing dan Jabatan Imigresen Malaysia. Adalah difahamkan bahawa penolakan PATREE Malaysia dialaskan kepada bimbang berlakunya pertindihan kuasa PATREE Malaysia dengan kedua-dua Agensi ini.

Bagi PATREE Malaysia, ianya adalah alasan yang tidak masuk akal ataupun dikatakan mereka ini (Bahagian Pengurusan Pekerja Asing & Jabatan Imigresen Malaysia) takut kepada bayang-bayang sendiri.

<<

Mana mungkin berlaku pertindihan kuasa kerana matlamat PATREE Malaysia jauh berbeza dengan bidang tugas dan kuasa kedua-duanya. PATREE Malaysia adalah NGO dan mereka pula adalah Agensi yang melaksanakan Dasar Kerajaan (kuasa yang tidak ada pada NGO).

Apakah kedua-dua Agensi ini merasakan mereka terlalu sempurna dan tidak boleh menerima tawaran kerjasama dari NGO (PATREE Malaysia) untuk sama-sama membenteras PATI di Malaysia?

Penolakan mereka kepada tawaran kerjasama PATREE Malaysia membuktikan betapa keduanya mempunyai sifat dogmatic yang tidak disukai oleh YAB Datuk Seri Najib.

<<

Keduanya masih jauh dari mencapai tahap sempurna yang boleh dibanggakan apatah lagi untuk dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan 5 Bintang. Kelemahan jelas adalah dengan terdakwanya Pegawai Imigresen di Kota Bharu dan penahanan beberapa Pegawai Kanan Imigresen di Johor kerana kes penyeludupan manusia.

Fikirkanlah kewajaran kepada tindakan sebelum bertindak. Janganlah terlalu beremosi sehingga menolak kewarasan 'akal yang boleh membawa kebaikan kepada 1MALAYSIA.

1 comment:

  1. 'cross fertilization' proposal is the best for 'cross checking' the performances of the government servants. The creative & innovative GLC leader's will definitely bring significant changes in managing government agencies...think of IT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...