Monday, July 20, 2009

Adakan pautan Syarikat Out-Sourcing di laman web KDN

Tan Sri Muhyiddin sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin di Putrajaya, semalam. Hadir sama (dari kiri) Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

Pengumuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin mengenai tindakan membeku dan menghadkan kelulusan Syarikat Out-Sourcing adalah wajar memandangkan pemantauan kepada operasi dan kemasukan pekerja asing melalui Syarikat ini tidak dilakukan dengan baik.

Bahagian berkenaan iaitu Bahagian Pengurusan Pekerja Asing yang sepatutnya memantau bilangan pekerja berdaftar masuk, daftar keluar dan lari (tidak didaftar keluar dan tidak diperbaharui permit/visa). Namun ini semua tidak dapat dipantau bahkan tidak ada satu syarikat pun yang dipertikaikan jumlah pembaharuan permit tidak sama dengan jumlah pekerja berdaftar (masih dalam negara).

Tindakan sambil lewa ini telah menyumbang kepada pertambahan PATI. Ianya telah lari dari matlamat asal penubuhan Syarikat Out-sourcing yang diluluskan Kabinet pada tahun 2005 iaitu untuk memantau bilangan pekerja yang didaftarkan, memastikan pembayaran gaji mengikut perjanjian, tidak berlaku penganiayaan kepada pekerja dan memastikan setiap pekerja yang dibawa masuk mempunyai permit yang sah selama berada di Malaysia.

Selain dari itu, Bahagian ini yang bertanggungjawab menguruskan kelulusan kuorta tambahan untuk syarikat out-sourcing seakan tidak peka kepada kehendak IT terkini. Laman Web Bahagian berkenaan tidak dilengkapi dengan senarai atau pautan kepada Syarikat Out-Sourcing bagi memudahkan 1MALAYSIA mengakses maklumat mengenai Syarikat yang dilesenkan oleh Kementerian.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa syarikat out-sourcing masih berperanan untuk membekalkan pekerja asing bagi sektor perkilangan, perladangan dan pertanian sahaja.

Diharapkan Pengurusan Bahagian lebih peka & celik IT agar dapat mengikuti pekembangan teknologi terkini. Tanggungjawab untuk mengemaskini Bahagian adalah terletak kepada Setiausaha Bahagian berkenaan. Setiausaha Bahagian pastinya dilengkapkan (dibantu) oleh Pegawai yang hebat serta berkelayakan tinggi dan pastinya boleh memahami kehendak 1MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...