Friday, June 26, 2009

Isu Pekerja Asing : Wujudkan semula Jawatankuasa Kabinet bukti keseriusan Kerajaan tangani isu.

1. Adalah dicadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Kabinet bagi Hal Ehwal Pekerja Asing.

2. Sepeti sebelum ini, Jawatankuasa ini bakal dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk mengkaji kaedah terbaik menangani isu pekerja asing terutama pekerja dari Indonesia jiran keserumpunan kita.

3. Hubungan Malaysia-Indonesia haruslah dijaga dengan baik sebagaimana akrabnya YAB Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Presiden Susilo dari Indonesia.

4. Dengan wujudnya Jawatankuasa ini, Malaysia dilihat lebih serius untuk sama-sama mengatasi masalah ketidakadilan dan perlakuan penderaan pekerja oleh majikan.

5. Penulis tidak mahu Malaysia dilabelkan sebagai tidak serius mengimbangani isu pekerja asing dan hubungan dua hala negara dengan negara pembekal pekerja asing.

6. Dasar telah digariskan dengan jelas namun masih juga berlaku perkara yang boleh dijadikan isu oleh pihak yang sengaja mahu memburukkan Malaysia. Ertinya masih berlaku kelonggaran samada pada Dasar atau Perlaksanaan (yang mungkin tidak menyeluruh).

7. Janganlah kerana beberapa kumpulan yang tidak berperikemanusiaan dan 'opportunist' menyebabkan nama baik Malaysia dan Kepimpinan Negara tercemar.

Fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...