Wednesday, December 28, 2011

Enam Ditahan Bantu Siasat Kes Pembunuhan Warga Bangladesh

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh di Sunway Harmony 3, Jalan Damansara di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Aida Abdul Hamid berkata lelaki itu yang ditemui mati dengan tempurung kepalanya pecah di sebuah tapak projek perumahan di situ, dipercayai maut akibat dipukul.

"Mereka semua ditahan petang semalam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Rabu.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan.

Dalam kejadian itu, mangsa ditemui rakan sekerjanya yang mengangkut perkakas pembinaan di kawasan tersebut kira-kira 8.30 pagi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...